PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PERATURAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH 11.1 Waktu perpustakaan dibuka
Isnin hingga Khamis
7.10 am hingga 3.30 pm
Jumaat
7.10 am hingga 12.00 tgh
Perpustakaan dibuka jika dirasakan perlu/arahan pengetua.
11.2 Kemasukan pelajar
11.2.1 Waktu persekolahan
a) Berpakaian seragam sekolah yang lengkap.
b) Merekodkan kemasukkannya di dalam buku yang disediakan di kaunter.
c) Masuk bersama guru sesuatu matapelajaran atau guru pengganti (pelajar tidak dibenarkan masuk jika tiada guru yang mengawasinya.
d) Tidak boleh meninggalkan perpustakaan tanpa memberitahu guru yang mengawasi/guru perpustakaan/pembantu pusat sumber.
11.2.2 Waktu petang
Berpakaian seragam sekolah yang lengkap.
11.2.3 Waktu-waktu lain
Hanya T – Shirt sekolah sahaja dibenarkan di samping pakaian lain yang lengkap.
11.3 Semasa berada di dalam perpustakaan
a) Tidak boleh membuat bising.
a) Berkelakuan sopan.
b) Menjaga denganbaik buku-buku dan perabot perpustakaan.
c) Tidak boleh membawa masuk buku teks, kotak pensil, pisau atau gunting.
d) Tidak dibenarkan makan, minum dan tidur.
e) Tidak dibenarkan menanggalkan tanda nama atau memakai tanda nama pelajar.
11.4 Sebelum meninggalkan perpustakaan
a) Menyusun semula kerusi yang telah digunakan.
b) Menyusun semula buku-buku yang telah digunakan diraknya.
c) Meletakkan semula akhbar-akhbar dan majalah ke tempatnya.
d) Menunjukkan semua buku dan kertas-kertas semasa keluar kepada pengawas pusat sumber yang bertugas dipintu.
11.5 Pinjaman Buku dan Pemulangan Buku
a) Setiap pelajar dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja untuk sekali pinjam.
b) Tidak dibenarkan meminjam buku dengan menggunakan kad perpustakaan pelajar lain.
c) Waktu peminjaman dan pemulangan buku.
HARI MASA
Isnin - Jumaat 7.10 am – 7.40 am
10.20 am – 10.40 am
11.00 am – 11.20 am
2.10 pm – 4.15 pm
Sabtu 8.30 am – 12.00 am
d) Tempoh Peminjam
1.5.4.1 Buku Fiksyen dan bukan Fiksyen - 1 minggu
1.5.4.2 Buku Rujukan/Siri Ulangkaji - 3 hari
e) Memastikan buku-buku yang dipinjam dalam keadaan baik.
f) Peminjam perlu mempastikan buku-buku yang dipinjamnya telah dicap tarikh pemulangan yang betul.
g) Peminjam perlu menulis nama tingkatan pada kad peminjam buku.
h) Buku-buku yang dipinjam tidak dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan.
11.6 Denda
a. Buku yang lewat dipulang;
a) Buku Fiksyen: Hari Pertama = 10 sen
Hari-hari Berikutnya = 5 sen
b) Buku Rujukan: Hari Pertama = 20 sen
Hari-hari Berikutnya = 10 sen
b. Buku yang hilang, harga buku dan denda tambahan sebanyak RM3.00
c. Digantung kad pinjaman.
- telah melakukan beberapa kali perkara yang menyalahi undang-undang perpustakaan.
11.7 Kad Pinjaman
a) Seorang pelajar berhak memiliki hanya dua keeping kad pinjaman (kecuali Pengawas Pusat Sumber yang dibenarkan memiliki tiga keeping kad)
b) Pada tiap-tiap awal tahun (awal persekolahan), pelajar-pelajar tingkatan 1 akan diberi dua keeping kad secara percuma. Sekiranya kad tersebut hilang pelajar-pelajar boleh mendapatkan kad yang baru dengan harga 40 sen sekeping.
c) Tiap-tiap orang ahli perpustakaan akan diberi nombor ahli yang dicapkan pada kad pinjamannya
d) Kad pinjaman tidak boleh ditukar milik.
e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meminjamkan kadnya kepada orang lain.
f) Kad-kad ini perlu berada dalam keadaan yang baik dan sebarang pengubahsuaian terhadapnya tidak akan diperakukan.
g) Gambar-gambar ukuran pasport perlu ditampal pada kad pinjaman ini. Salinan Photostat juga boleh digunakan asalkan jelas. Gambar yang telah diubahsuai tidak akan dianggap sah.